Antara contoh keadaan sesuai bagi analisa ini adalah ujian yang di lakukan secara berulang ke atas subjek (participants) yang sama ( di kenali juga sebagai repeated measures) dan within-subject serta correlated groups design (subjek di uji ke atas pembolehubah / variable yang sama). Syarat-syarat penggunaan analisa ini. Taburan sampel min adalah bertaburan normal. Taburan perbezaan skor sampel juga perlu dalam berkeadaan normal (normally distributed) Contoh analisa menggunakan SPSS Sepuluh pelari melalui latihan sukan selama sebulan menggunakan latihan A. Masa yang di ambil bagi menamat larian sejauh 18 km. Ukuran di ukur dalam minit. Keputusan dan Intrepretasi Keputusan daripada analisis menunjukan bahawa terdapat perbezaan signifikan di antara sebelum latihan A dan selepas latihan A, t(df = 9) = 5.076, p<.001 (lihat pada jadual Paired samples test table). Nilai min menunjukan nilai min berkurang selepas, berbanding daripada ukuran yang di amb...