Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2021

Analisis Kluster

Analisis kluster adalah analisis yang mengumpulkan objek atau data kepada kumpulan-kumpulan tertentu yang sama cirinya dan membezakan data daripada kluster-kluster lainnya. Kumpulan ini di kenali sebagai kluster. Analisis ini juga dikenali sebagai analisis segmentasi atau analisis taksonomi bergantung pada bidang dan objektif yang berlainan. Teknik analisa ini merupakan sebahagian daripada teknik yang banyak digunakan dalam analisis data secara matematik statistik serta digunakan dalam pelbagai bidang seperti, pengenalan pola, analisis gambar, pembelajaran mesin dan sebagainya. Perlu juga di beri perhatian bahawa tidak ada kelas yang sudah ditentukan sebelum analisis kluster dibuat. Kegunaan analisis kluster adalah untuk mengesan kluster atau kumpulan yang wujud dalam data berjumlah besar dan mempunyai dimensi tinggi serta agak sukar dikesan melalui visual. Data dalam jumlah yang kecil antara analisa atau kaedah yang boleh digunakan adalah distance matrix atau graf atau plot bertabura