Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2021

Regresi Generasi Pertama dan Generasi Kedua

  Umum mengetahui bahawa, proses pembinaan sesuatu analisis statistik itu mengambil masa yang sangat lama. Setiap waktu akan ada penemuan baru atau analisis yang lebih baik daripada sebelum ini. Sebagai contoh, analisis regresi (regression analysis) merupakan analisa generasi pertama. Analisis generasi kedua ( Second generation technique ) atau lebih terkini adalah analisa structural equation modeling. Terkini dalam kajian, adalah bayesian covariance based structural equation modeling mungkin antara calon pelapis bagi generasi ketiga pada masa akan datang. Sementara itu, statistik regresi atau regression statistics yang juga merupakan generasi pertama, dan tidak mempunyai kemampuan untuk mengakses atau memperbetulkan ralat pengukuran ( measurement error ) yang berlaku. Seterusnya, regresi atau regression ( multiple regression etc ) hanya mampu untuk melakukan kiraan sehingga ke tahap observed variable sahaja. Berbeza dengan generasi kedua yang mampu melakukan analisa atau analisis

Perisian Statistik

Dewasa ini, terdapat pelbagai analisis statistik yang ada pada ketika ini. Pembangunanannya mengambil masa ratusan tahun. Ada analisa yang masih boleh digunakan pakai dan ada analisa yang sudah tidak sesuai untuk di pakai kerana terdapat analisa - analisa yang baru. Pengenalan kepada perisian - perisian statistik juga amat membantu pada penggunaan analisis statistik dalam kehidupan harian dalam membuat keputusan. Contoh - contoh perisian yang ada ketika ini adalah seperti R, SPSS, Amos SPSS, JAMOVI, SAS, Smartpls dan bermacam - macam lagi.  Perisian statistik pula terbahagi pada dua secara umumnya iaitu perisian yang mesra pengguna, dengan hanya klik atau tarik sesuatu maklumat (data) untuk menjalankan analisis yang dikehendaki seperti SPSS, Smartpls dan Amos SPSS. Manakala yang jenis kedua adalah perisian yang tidak mesra pengguna serta memerlukan kepada kemahiran pengaturcaraan komputer. Walaupun tidak mesra pengguna, tetapi perisian ini mempunyai kelebihannya tersendiri seperti memb

Analisis Regresi (SPSS)

            Regresi atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai regression merupakan analisis yang terdapat dalam SPSS dan IBM Amos serta banyak diguna pakai dalam kajian yang mengkaji hubungan di antara pembolehubah - pembolehubah. Terdapat juga satu lagi analisis yang juga mengkaji hubungan di antara pembolehubah - pembolehubah dalam SPSS iaitu analisis korelasi.  Selain itu, perbezaan di antara kedua - duanya adalah regression lebih tertumpu pada membuktikan bahawa faktor pembolehubah tidak bersandar atau di kenali sebagai independent variables merupakan sumber atau punca pada perubahan pada perubahan yang berlaku terhadap pembolehubah bersandar atau dikenali sebagai dependent variable. Hubungan di antara pembolehubah ini di dalam SPSS juga lebih pada bersifat sehala (tidak bersalingan atau timbang balik atau dalam bahasa Inggeris reciprocal), iaitu hanya daripada arah pembolehubah tidak bersandar ke pembolehubah bersandar.  Dalam pada itu, analisis korelasi di dalam SPSS pula hanya