Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

Dependent T-Test a.k.a Paired T-Test

     Antara contoh keadaan sesuai bagi analisa ini adalah ujian yang di lakukan secara berulang ke atas subjek (participants) yang sama ( di kenali juga sebagai repeated measures) dan within-subject serta correlated groups design (subjek di uji ke atas pembolehubah / variable yang sama). Syarat-syarat penggunaan analisa ini. Taburan sampel min adalah bertaburan normal. Taburan perbezaan skor sampel juga perlu dalam berkeadaan normal (normally distributed) Contoh analisa menggunakan SPSS Sepuluh pelari melalui latihan sukan selama sebulan menggunakan latihan A. Masa yang di ambil bagi menamat larian sejauh 18 km. Ukuran di ukur dalam minit.  Keputusan dan Intrepretasi Keputusan daripada analisis menunjukan bahawa terdapat perbezaan signifikan di antara sebelum latihan A dan selepas latihan A, t(df = 9) = 5.076, p<.001 (lihat pada jadual Paired samples test table). Nilai min menunjukan  nilai min berkurang selepas, berbanding daripada ukuran yang di ambil sebelumnya ( Min sebe

Pengenalan pada Analisa Regresi ( Regression Analysis)

          Multiple regression analysis atau analisa regresi pelbagai adalah analisa yang di gunakan untuk menganalisa dua atau lebih faktor bebas (pembolehubah / independent variables) yang menyumbang pada perubahan pada pembolehubah bersandar (dependent variable)           Tujuan analisa adalah untuk meramalkan (to predict) perubahan yang berlaku dalam pembolehubah bersandar akibat daripada perubahan pembolehubah bebas (independent varibles)                          Kebiasaan objektif bagi analisa regresi pelbagai adalah: Bagi mencari persamaan ramalan yang terbaik daripada pembolehubah-pembolehubah yang ada. Untuk mengawal confounding factor dan pada masa sama menilai sumbangan pembolehubah spesifik atau pemboleh ubah yang menjadi sasaran kajian. Mencari hubungan struktur (structural relationships) dan menerangkan persamaan kompleks hubungan multivariate (pelbagai pembolehubah) seperti yang di lakukan dalam path analisis.                        Terdapat tiga jenis regresi: