Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2020

Analisa MANCOVA Sehala

Analisa ini selalu digunakan sebagai alat mengawal ralat kadar inflasi alpha apabila begitu banyak analisa hipotesis yang perlu dilakukan serentak dan pada masa sama menyesuaikan beberapa hasil nilai dengan pembolehubah kovariat. Analisa MANCOVA atau di kenali juga sebagai one-way multivariate of covariance boleh dianggapkan sebagai sambungan kepada one-way MANOVA yang menggabungkan kovariat atau one-way ANCOVA yang meggabungkan beberapa pembolehubah bersandar. Hubungan di antara kovariat dan pembolehubah bersandar adalah secara linear dan kemasukannya boleh menambahkan kebolehan mengesan perbezaan di antara kumpulan pembolehubah bebas. MANCOVA sehala di gunakan untuk menjejak samada wujudnya perbezaan yang signifikan di antara tiga atau lebih pembolehubah bebas (kumpulan atau kategori tidak bersandar) min yang diubahsuai, sambil mengawal kovariat bersambungan ( continuous covariate ) Antara perkara yang perlu di ambil perhatian adalah bahawa analisa MANCOVA sehala adalah u