Skip to main content

Analisis Regresi (SPSS)

            Regresi atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai regression merupakan analisis yang terdapat dalam SPSS dan IBM Amos serta banyak diguna pakai dalam kajian yang mengkaji hubungan di antara pembolehubah - pembolehubah. Terdapat juga satu lagi analisis yang juga mengkaji hubungan di antara pembolehubah - pembolehubah dalam SPSS iaitu analisis korelasi. 

Selain itu, perbezaan di antara kedua - duanya adalah regression lebih tertumpu pada membuktikan bahawa faktor pembolehubah tidak bersandar atau di kenali sebagai independent variables merupakan sumber atau punca pada perubahan pada perubahan yang berlaku terhadap pembolehubah bersandar atau dikenali sebagai dependent variable. Hubungan di antara pembolehubah ini di dalam SPSS juga lebih pada bersifat sehala (tidak bersalingan atau timbang balik atau dalam bahasa Inggeris reciprocal), iaitu hanya daripada arah pembolehubah tidak bersandar ke pembolehubah bersandar. 

Dalam pada itu, analisis korelasi di dalam SPSS pula hanya membuktikan bahawa wujudnya hubungan di antara pembolehubah - pembolehubah tanpa memberikan arah dari pembolehubah mana ke pembolehubah mana. Analisis korelasi (analysis correlation) ini juga digunakan secara umumnya pada peringkat awal sebelum melakukan analisis regresi (analysis regression) di dalam SPSS. Secara logiknya, tanpa wujudnya hubungan korelasi di antara pembolehubah maka, sudah tentulah tidak wujud juga hubungan jika dinilai menggunakan analisis regresi.

Lain daripada itu, analisis regresi atau regression ini di dalam SPSS  amat mudah di analisa memangdangkan spss itu sendiri merupakan perisian atau software yang bersifat mesra pengguna (user friendly). Terma kebiasaan digunakan secara umumnya adalah Graphical User Interface (GUI) berpadanan dengan sifatnya atau tujuannya yang lebih tertumpu pada pengguna yang tidak mempunyai latar belakang pengkomputeran mahupun statistik.

Akhir sekali, dalam pembangunan terkini, pengenalan pada sebuah lagi generasi terbaru bagi menggantikan analisis regresi (analysis regression) sebagai generasi pertama, adalah generasi kedua iaitu pemodelan persamaan struktur atau dikenali juga dalam bahasa Inggeris sebagai structural equation modelling. Antara perisian sesuai yang digunakan untuk analisis ini adalah IBM SPSS Amos bagi model yang menggunakan pendekatan covariance based. Manakala model yang menggunakan pakai pendekatan partial least square maka Smartpls merupakan perisian sesuai yang terutama yang digunakan dalam negara.


Popular posts from this blog

Krejcie & Morgan sample size calculator

Krejcie & Morgan Sample Size Calculator Enter Population Size (N): Calculate Sample Size Recommended Sample Size (n): 📘 About This Calculator This calculator uses the Krejcie & Morgan (1970) formula to estimate the minimum sample size required when the total population size is known. It is commonly used in social sciences, education, and health research. The formula is: n = (X² × N × P × (1 − P)) / (d² × (N − 1) + X² × P × (1 − P)) X² = 3.841 (for 95% confidence level) P = 0.5 (maximum variability) d = 0.05 (±5% precision) 📚 Citation Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities . Educational and Psychological Measurement, 30 (3), 607–610. https://doi.org/10.1177/001316447003000308

G*Power Perisian Bagi Pengiraan Sampel Saiz.

Penggunaan Gpower kerap menekan kepada tiga langkah berikut: Memilih ujian statistik yang sesuai atau padan dengan masalah yang di kaji. Memilih di antara lima jenis analisis kuasa (power analysis) yang di sediakan. Sediakan parameter input yang di perlukan analasis dan klik pada “calculate” Pada Langkah 1, pendekatan yang digunakan untuk memilih ujian statistic (statistical test) adalah melalui dua pendekatan, iaitu distribution based atau design-based approach . Distribution-based approach to the test selection Melalui pendekatan distribution-based , pendekatan pertama adalah melihat pada kumpulan umum ujian statistik menggunakan '' Test family'' menu yang terdapat di window atau tingkap utama.   Ujian statitik ( Statistical test ) menu akan berubah mengikut pilihan di dalam '' Test family'' . Ujian-ujian yang ada akan selaras mengikut pada '' test family'' yang di pilih sahaja. Design-based approach to the test se...

Ujian ANOVA sehala (one-way ANOVA)

Ujian-T (t-test) di gunakan untuk mengenali perbezaan min di antara dua kumpulan. Bagaimana pula jika kumpulan yang ingin di bandingkan mempunyai lebih daripada dua kumpulan? Jawapannya adalah menggunakan ANOVA. Jika kumpulan pembolehubah dua kumpulan, maka keputusan daripada ANOVA sehala ( one-way ANOVA ) dan ujian-t (independent t-test) adalah sama. Pengkaji boleh memastikan keputusan di dapati daripada senario di atas dengan menggunakan formula t 2 = F . Terdapat dua jenis ujian ANOVA sehala, iaitu ujian ANOVA sehala untuk pengukuran berulang (masa berlainan ( longitudinal data ) atau keadaan berbeza-beza) dan ujian ANOVA sehala untuk sampel-sampel bebas (data di kumpul daripada beberapa sampel yang bebas antara satu sama lain). Syarat-syarat sebelum menggunakan ANOVA sehala. Sebelum menggunakan ujian ANOVA sehala beberapa syarat perlu di penuhi. Antaranya adalah, pembolehubah bersandar dalam skala selang atau skala nisbah. Kedua, pembolehubah tidak bersandar dalam bentuk kate...