Apakah
itu statistik? Statistik adalah berkaitan cara membuat kesimpulan berkaitan
data dalam konteks ketidaktentuan bagi mempelajari dan memahami sesuatu situasi
atau keadaan. Ini adalah sains dalam mempelajari data itu sendiri.
Antara
kunci di dalam pengajian statistik adalah bagaimana untuk mengumpulkan data dan
mempelajari sesuatu yang berharga daripada data tersebut tentang dunia ( sampel
daripada populasi).
Statistik
juga akan membantu dalam menonjolkan ciri-ciri yang terdapat pada data yang di
kumpul (menerang dan membandingkan sampel).
Statistik
juga merupakan suatu kaedah pembelajaran tentang prinsip-prinsip asas dan
prosedur, bagi membantu mereka atau sesiapa sahaja yang ingin membuat sesuatu
keputusan secara bijaksana dalam kehidupan harian yang penuh ketidaktentuan (melalui
inferens (inference) dan membuat kesimpulan).
- Bagi mendapatkan perkhidmatan Analisa Statistik boleh hubungi kami. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut: https://mesrastats.blogspot.com/2014/06/data-analisa-data-entry-sem-spss-excel.html