Umum mengetahui bahawa, proses pembinaan sesuatu analisis statistik itu mengambil masa yang sangat lama. Setiap waktu akan ada penemuan baru atau analisis yang lebih baik daripada sebelum ini. Sebagai contoh, analisis regresi (regression analysis) merupakan analisa generasi pertama. Analisis generasi kedua ( Second generation technique ) atau lebih terkini adalah analisa structural equation modeling. Terkini dalam kajian, adalah bayesian covariance based structural equation modeling mungkin antara calon pelapis bagi generasi ketiga pada masa akan datang. Sementara itu, statistik regresi atau regression statistics yang juga merupakan generasi pertama, dan tidak mempunyai kemampuan untuk mengakses atau memperbetulkan ralat pengukuran ( measurement error ) yang berlaku. Seterusnya, regresi atau regression ( multiple regression etc ) hanya mampu untuk melakukan kiraan sehingga ke tahap observed variable sahaja. Berbeza dengan generasi kedua yang mampu melakukan analisa atau anali...