Set data contoh yang di gunakan adalah berkaitan uji kaji jenis makanan dan minuman terhadap skor oleh pelajar-pelajar dalam matapelajaran berikut, Matematik, Fizik, Kimia, Geografi dan Sejarah. Makanan yang di uji makanan berlauk daging kambing dan satu lagi berlauk daging unta. Manakala, minuman yang di uji adalah minuman kurma dan minuman madu. Analisa yang di gunakan adalah analisa MANOVA dengan menggunakan SPSS. Klik pada Analyze , kemudian General Linear Model serta seterusnya Multivariate seperti gambar rajah di atas. Masukkan pembolehubah-pembolehubah bersandar ke dalam kotak Dependent Variables dan pembolehubah tidak bersandar atau pembolehubah bebas berkategori ke dalam Fixed Factor (s). Setelah itu, klik pada Options . Masukkan maklumat daripada kotak kiri ke dalam Display Means for , kotak sebelah kanan. Klik pada Descriptive statistics dan Homogeneity tests . Tekan pada Continue . Klik pada OK . Seterusnya, klik pada Graphs , kemudian Legacy Dialogs , sebelum menekan pa...